Thursday, 12 January 2017

PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA



PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA



PENDAHULUAN

Bahasa Malaysia merupakan bahasa perantaraan bagi semua kaum yang terdiri daripada kaum india,cina dan sebagainya. Namun,pada era globalisasi yang serba mencabar ini, segelintir rakyat Malaysia membuat tanggapan bahawa bahasa Malaysia adalah bahasa yang kolot,ketinggalan zamam dan tidak bertamadun. Mereka lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan,malah digunakan dalam perbualan seharian. Kita sepatutnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana telah dikekalkan sehingga sekarang sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Dengan itu,rakyat Malaysia sendiri harus berubah dan bangkit dalam menggunakan bahasa Malaysia. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan pelajar dalam memartabatkan kembali bahasa Malaysia yang betul.


ISI-ISI

          Salah satu langkah yang harus dilakukan ialah mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa ialah dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.

          Selain itu,para pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab , penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.

            Di samping itu, peranan pelajar dalam memartabatkan bahasa Malaysia ialah dengan memberi dorongan kepada pelajar antarabangsa untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kepentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian. Hal ini sekaligus dapat membantu Malaysia dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dan secara tidak langsung,imej negara kita dipandang gah di persada dunia.
     
            Akhir sekali, kita sebagai pelajar perlu rajin mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan seperti mendengar lagu Melayu.  Pelajar juga boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah dan badan-badan yang relevan. Di sekolah, pelajar boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri bahasa Melayu di kelas. Para pelajar boleh menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan bahsa Melayu.


PENUTUP 

Konklusinya,usaha-usaha yang konkrit dan berterusan perlulah diambil oleh mahasiswa untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Malayu dengan baik. Oleh itu,semua pihak haruslah bersatu tenaga untuk memartabatkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Natijahnya,marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal dan 'tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas'.



RUJUKAN


http://www.slideshare.net/rashidahmurat92/asgmt-bahasa-melayu-tinggi-peranan-mahasiswa-dlm-memartabatkan-bm

http://jesoc.com/wp-content/uploads/2016/12/KC5_30.pdf

http://azwiraariwana.blogspot.my/p/tajuk-langkah-langkah-memartabatkan.html

http://ngulinna.blogspot.my/2014/09/langkah-langkah-memartabatkan-bahasa.html

NAMA AHLI

Wan Amirzatul Jannah Bt Wan Hamdan (02DGU14F1029)
Siti Dalila Bt Ismail (02DGU14F1062)
Muhammad Zaim Ab Aziz (02DGU14F1005)
Muhammad Nur A'syraf bin Ja'afar (02DGU14F1119)